TUTORIAL PERMULAAN

Belajar bagaimana bermula menjadi usahawan mobile app. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk bermula.

F.A.Q

  • Segala email berkaitan dengan app development akan dihantar ke satu email  sahaja. Dengan ini, email penting daripada pihak google boleh didapati dengan mudah dan tidak terlepas pandang.
  • Jika ada berlaku apa-apa isu berkaitan developer akaun anda (akaun suspended), email peribadi anda tidak akan terjejas.
  • Mengawal spam e-mail daripada memenuhi inbox gmail peribadi.
  • ADMOB merupakan platform pengiklanan untuk smartphone yang dimilki oleh Google. Platform admob ini akan bertugas untuk menunjukkan iklan di dalam applikasi anda dan untuk menjana pendapatan dalam bentuk USD.
  • Anda boleh membuat pemantauan atau melihat perkembangan pendapatan anda dari segi anggaran pendapatan, jumlah per klik, Cost Per Clicks (CPC), Impression, Page Views dan lain melalui Admob. 
  • *PENTING* Semasa mengisi butiran peribadi di laman web admob, terutamanya bahagian maklumat surat-menyurat, sila isi dengan tepat supaya apabila pendapatan anda mencecah ke 10usd, Google Adsense akan menghantar surat kepada alamat anda untuk verifikasi akaun admob anda. Selepas itu anda boleh mengisi maklumat pilihan kaedah pembayaran dari Admob ke bank akaun anda.
  • Pembayaran pendapatan ADMOB akan dibuat terus ke bank akaun anda selepas nilai minima terkumpul mencapai $100.

Jika kad anda “rejected” semasa pembayaran $25 untuk google developer account, sila ikut langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan masalah:

1. Pastikan segala info yang di isi dalam website adalah sama seperti yang berada di dalam kad dan akaun bank.

  • Nama Penuh sama seperti tertera atas kad

  • Nombor kad, Nombor CVC (di belakang kad) dan Tarikh Luput Kad adalah sama

  • ALAMAT (BILLING ADDRESS) ADALAH SAMA SEPERTI DALAM AKAUN BANK ANDA. 

2. Pastikan fungsi International Transaction/Online Transaction” untuk kad anda telah diaktifkan. Sila hubungi helpline bank anda dan minta pusat khidmat pelanggan untuk mengaktifkan fungsi tersebut.

  • Untuk MAYBANK sila dail 1300 88 6688

  • Pilih bahasa (BM/ENGLISH/MANDARIN)

  • Tekan “0” (nombor kosong) untuk bercakap dengan agen khidmat pelanggan.

  • Minta agen aktifkan  International Transaction/Online Transaction” untuk kad anda.

  • Sila jelaskan kepada agen tersebut bahawa anda ingin membuat pembayaran online kepada Google untuk mengelakkan kekeliruan.

KEPERLUAN HARDWARE:

 

Anda perlu 3 alat berikut:

  1. Telefon pintar
  2. Internet (hotspot/wifi)
  3. Laptop atau PC untuk menghasilkan sesebuah aplikasi.

Laptop / PC yang disyorkan sekurang-kurangnya mempunyai 4GB RAM dan sekurang-kurangnya processor Intel Core-i3/AMD Ryzen 3

 

Langkah 1:

Reka Nama Developer anda (Nama developer ini adalah nama yang akan kamu guna sebagai Mobile app developer kamu, yang akan terpapar di Google Play Store, disyorkan rekan nama developer yang unik dan kalau boleh jangan gunakan nama peribadi anda – anggap ini adalah nama syarikat developer anda.)

 

Langkah 2:

Buat akaun Gmail baru (menggunakan nama developer anda) Contoh: namadeveloper@gmail.com **Gunakan gmail ini khas untuk urusan apps sahaja. Supaya senang untuk memantau email-email berkenaan dengan apps anda.

 

Langkah 3:

Daftar akaun platform APPMONSTA. Sila rujuk blog post ini untuk panduan pendaftaran.

 

Langkah 4:

Daftar akaun Admob (gunakan gmail yang baru anda buat). Selepas mendaftar Admob, pergi bahagian “payment settings” dan isi butir-butir penting terutamanya bahagian Postal Address (pastikan postal address anda betul dan tepat supaya surat daripada Google Adsense boleh sampai ke alamat anda untuk pengesahan akaun.) Sila rujuk sini untuk panduan pendaftaran akaun ADMOB

 
Langkah 5:
Daftar Google Developer Console (Pastikan guna gmail developer anda). Saksikan video tutorial cara mendaftar dan pembayaran akaun Google Developer Console.