Soalan Lazim

Akaun Gmail yang baru diperlukan atas sebab-sebab berikut:

  • Segala email berkaitan dengan app development akan dihantar ke satu email sahaja. Dengan ini, email penting daripada pihak google boleh didapati dengan mudah dan tidak terlepas pandang.
  • Jika ada berlaku apa-apa isu berkaitan developer akaun anda (akaun suspended), email peribadi anda tidak akan terjejas.
  • Mengawal spam e-mail daripada memenuhi inbox gmail peribadi.

YA. Untuk membuka Google Developer Account, yuran pendaftaran sebanyak USD25 (~RM110 mengikut kadar tukaran semasa) akan dikenakan. Bayaran ini dikenakan SEKALI SAHAJA dan dibayar terus kepada Google.

Akaun developer Google anda akan sah selama-lamanya selepas pembayaran dilakukan.

Bayaran ini hanya boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit dan and juga perlu pastikan fungsi pembelian online telah diaktifkan oleh pihak bank anda. Sila hubungi bank anda jika anda untuk mengaktifkan fungsi ini.

Jika kad anda “rejected” semasa pembayaran $25 untuk google developer account, sila ikut langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan masalah:

1. Pastikan segala info yang di isi dalam website adalah sama seperti yang berada di dalam kad dan akaun bank.
  • Nama Penuh sama seperti tertera atas kad
  • Nombor kad, Nombor CVC (di belakang kad) dan Tarikh Luput Kad adalah sama
  • ALAMAT (BILLING ADDRESS) ADALAH SAMA SEPERTI DALAM AKAUN BANK ANDA. 
2. Pastikan fungsi International Transaction/Online Transaction” untuk kad anda telah diaktifkan. Sila hubungi helpline bank anda dan minta pusat khidmat pelanggan untuk mengaktifkan fungsi tersebut.
  • Untuk MAYBANK sila dail 1300 88 6688
  • Pilih bahasa (BM/ENGLISH/MANDARIN)
  • Tekan “0” (nombor kosong) untuk bercakap dengan agen khidmat pelanggan.
  • Minta agen aktifkan  International Transaction/Online Transaction” untuk kad anda.
  • Sila jelaskan kepada agen tersebut bahawa anda ingin membuat pembayaran online kepada Google untuk mengelakkan kekeliruan.
  • CIMB – Sila panggil Pusat Khidmat Pelanggan dan minta untuk aktifkan fungsi online transaction (+603 6204 7788)

Kelebihan kursus online adalah anda boleh belajar di mana sahaja pada bila masa anda mahu. 

Untuk live workshop, anda perlu hadir sendiri ke workshop yang kami anjurkan. Sila hubungi kami untuk mendapatkan tarikh dan tempat bagi live workshop kami yang seterusnya. Keistimewaan workshop ini adalah anda akan dibimbing secara terus dengan pakar pengajar kami yang mempunyai pengalaman mendalam tentang mobile app development.

Sila daftar di sini untuk mengikuti program online kami. 

Sila hubungi kami untuk mendapatkan jadual tarikh dan tempat untuk Live Workshop kami yang seterusnya. Klik sini intuk menghubungi kami.

Jika anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami menggunakan borang di bawah.