Selamat datang ke tutorial permulaan. Anda akan belajar cara mendaftar akaun di platform APPMONSTA dan penggunaan asas platform ini.
Sila lawat laman APPMONSTA dan isi nama, email dan password anda. Klik butang SIGN UP selepas selesai.
2. Isi nama app pertama anda dan klik butang create. *Nama app ini boleh diubah bila-bila masa*
3. Pilih mana-mana template untuk bermula dan klik “OK”
4. Pada tahap ini, akaun anda adalah dalam tempoh percubaan (trial) selama 7 hari. Anda sudah boleh membina applikasi anda menggunakan platform kami, tetapi fungsi adalah terhad bagi akaun percubaan. Untuk mendapatkan fungsi penuh, anda hendaklah memilih pakej dan membuat pembayaran terlebih dahulu.
Untuk meneruskan pembayaran klik, bahagian PUBLICATION untuk membayar
5. Sila klik butang untuk meneruskan proses pendaftaran.
6. Pilih pakej anda dan klik butang “SAVE”
7. Klik butang PAYPAL dan klik butang “Validate”
8. Langkah terakhir adalah untuk anda login ke akaun PAYPAL anda dan klik “Agree & Pay” untuk membuat pembayaran.
Pendaftaran untuk akaun APPMONSTA anda sudah selesai. Langkah seterusnya adalah untuk mendaftar akaun Admob dan akaun Google Play Developer Console.